AL-QUDS – Kira-kira 100,000 umat Islam menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa pada hari Rabu.
Aljazeera.net melaporkan, terdapat kawalan ketat di sekitar masjid bagi mengelakkan perhimpunan demonstrasi.
Dalam khutbah raya, khatib masjid, Sheikh Umar Al-Kaswani menjelaskan kepentingan membebaskan Palestin dan menyeru rakyat negara itu bersatu menentang regim Zionis Israel.
Beliau juga menyeru semua pihak membantu keluarga tahanan Palestin di penjara-penjara Israel.
Tonton laporan wartawan Aljazeera.net di sini.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/100000-hadir-solat-hari-raya-di-masjid-al-aqsa/