🌏 HARI INI DALAM SEJARAH 🌏
KESYAHIDAN HASAN AL-BANNA
📅 12 FEBRUARI 1949
As-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. yang lebih dikenali sebagai Hasan Al-Banna merupakan pengasas harakah Islamiyyah Ikhwanul Muslimin. Beliau mengajak umatnya supaya mengamalkan al-Quran al-Karim dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w.. Melalui usahanya ini ribuan mahasiswa, buruh, peladang dan sebagainya daripada pelbagai lapisan masyarakat mendapat hidayah dengan izin Allah.
Episod terakhir kehidupannya adalah ketika beliau berada di hadapan ibupejabat Pertubuhan Pemuda Islam di Kaherah, pembunuh upahan melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikan diri. Ketika tiba di hospital beliau dibiarkan terlantar di lantai hospital dengan keadaan darah yang masih mengalir. Mereka hanya menonton tanpa merasa belas kasihan dan berhati perut. Saudara-mara terdekat juga dilarang melawat. Akhirnya selepas dua jam, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 12 Februari 1949.