ISLAMABAD – Serangan bersenjata dan roket yang menyasarkan pengawal tentera, semalam telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang maut di wilayah barat daya Pakistan, kata para pegawai.
Kesemua mangsa terdiri daripada tujuh anggota tentera dan tujuh pengawal keselamatan swasta meninggal dunia apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah konvoi kenderaan yang bergerak di lebuh raya utama menuju bandar terbesar di negara ini, Karachi.
Menurut sumber keselamatan yang tidak mahu didedahkan identitinya, kenderaan itu menuju ke Karachi dari bandar pelabuhan Gwadar ketika mereka diserang berhampiran bandar kecil Ormara, kira-kira 250 kilometer (155 batu) barat dari destinasi mereka.
Mayat mangsa yang terbunuh dipindahkan ke pangkalan tentera laut berhampiran, kata pegawai tempatan kepada Al Jazeera.
Menteri Dalam Negeri di wilayah Balochistan, Zia Langove mengesahkan, perincian serangan itu bagaimanapun menyatakan angka kematian kepada 15 orang.
Katanya, serangan itu melibatkan sekurang-kurangnya tujuh penyerang bersenjata dengan pelancar roket dan senjata berat lain.
“Serangan itu dilakukan oleh antara tujuh atau lapan penyerang yang melepaskan tembakan ke konvoi dengan pelancar roket dan senjata berat lain. Mereka melarikan diri dari kawasan itu,” katanya.
Langove berkata, konvoi kenderaan itu membawa pekerja syarikat pembangunan minyak dan gas milik kerajaan.
Katanya lagi, ada mangsa yang cedera dalam kejadian itu tetapi tidak menyatakan angka yang tepat.
Jalan raya ditutup buat sementara waktu berikutan serangan itu, sementara pasukan keselamatan melancarkan operasi pencarian di kawasan berkenaan.
Sehingga kini, tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, bagaimanapun kejadian sama seperti dengan serangan sebelumnya oleh kumpulan pemisah etnik bersenjata Baloch pada konvoi di jalan raya yang sama. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)