ANKARA – Sekurang-kurangnya 200 pelarian Syria pulang ke tanah air ketika Turki melancarkan serangan melawan militan Kurdish yang disokong Amerika Syarikat (AS) di Timur Laut Syria.
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, semua pelarian telah berlindung di sebuah bandar di Syria di Jarablus yang dikuasai oleh Turki.
“Daripada jumlah itu, 70 pelarian telah pulang ke Tal Abyad,” katanya.
Turki melancarkan serangan pada 9 Oktober sebagai usaha memerangi keganasan di sempadan selatan Turki, selain mewujudkan zon selamat bagi kira-kira 3.6 juta pelarian.
Terdahulu, Turki menjalankan operasi sekatan di Timur Sungai Euphrates terhadap kumpulan militan Kurdish, berikutan kekacauan yang dibuat oleh kumpulan pengganas Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG).
YPG adalah sekutu utama AS dalam pertempurannya menentang negara Islam, Syria. Turki menganggap militan YPG adalah cabang gerakan haram Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melancarkan pemberontakan di negara itu, sejak 1984.
Sementara itu, Turki dan AS bersetuju untuk mengadakan zon selamat yang bebas daripada militan YPG di sepanjang sempadan timur laut Syria dan Turki, namun, Turki mendakwa Washington telah undur diri daripada rancangan itu. -Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)