BANGI -Kerajaan di gesa membatalkan penganjuran program ratu cantik, Miss World Noble Queen International 2023 yang dijangka berlangsung di Berjaya Times Square, Disember ini.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya berkata, program sedemikian bukan sahaja memberikan imej buruk kepada negara, bahkan sangat tidak bertepatan dalam suasana kesengsaraan rakyat di Palestin.
Katanya, program sedemikian yang turut melibatkan Tourism Malaysia itu tidak sepatutnya dibenarkan langsung untuk dilaksanakan dalam negara.
“DUPP sependapat dengan beberapa mufti yang memberikan pandangan bahawa sebarang program hiburan yang melalaikan termasuklah konsert Coldplay tidak patut dibenarkan dalam negara.
“Apakah kita masih lagi tidak mahu mengambil pengajaran terhadap bala bencana yang pernah menimpa negara sebagai suatu teguran daripada Allah?,” katanya dalam kenyataan.
Oleh itu, DUPP sekali lagi mendesak kerajaan supaya segera membatalkan program ratu cantik tersebut.
Kerajaan juga perlu mengeluarkan satu pekeliling untuk memastikan tiada lagi program sedemikian boleh dibenarkan untuk dilangsungkan dalam negara, katanya.
Malaysia dilaporkan bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan ratu cantik Miss World Noble Queen yang akan berlangsung pada 12 Disember ini.
Pertandingan ratu cantik itu, kali terakhir ia diadakan pada tahun 2019 di Hong Kong dan dimenangi wakil Perancis, Sonia Mansur.
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM