2,500 penduduk Gaza tak dapat tunai haji kerana Israel tutup sempadan Rafah

Kira-kira 2,500 rakyat Palestin tidak dapat menunaikan haji kali ini berikutan perang berterusan di Gaza – selepas Irael menutup sempadan Rafah yang menghubungkan laluan ke Mesir.

Jurucakap Kementerian, Ikrami Al-Mudallal berkata, tindakan Israel adalah pelanggaran kebebasan beragama yang jelas.

Pihaknya kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan di Arab Saudi dan Mesir untuk menangani apa yang mereka sifatkan sebagai pelanggaran ketara terhadap hak jemaah Palestin dan mencari jalan untuk mereka menunaikan haji.

Beliau memberi jaminan jemaah haji yang terjejas tahun ini tidak akan kehilangan hak mereka untuk menunaikan haji tahun depan, dengan keutamaan diberikan kepada mereka, terutamanya kerana ramai yang menunggu giliran dan 70 peratus adalah warga emas atau sakit.

Tahun ini, jemputan diraja Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz untuk menempatkan 500 jemaah daripada keluarga mereka yang terbunuh dan cedera di Gaza telah diagihkan kepada keluarga di luar Semenanjung Gaza, menurut Al-Mudallal.

“Tindakan ini membolehkan mereka yang telah meninggalkan Gaza untuk menunaikan haji, memelihara hak Gaza terhadap jemputan diraja itu,” katanya.

Pada 6 Jun lalu, Raja Arab Saudi mengarahkan penganjuran luar biasa membabitkan 1,000 jemaah daripada keluarga Gaza yang terkorban dan cedera sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Haji dan Umrah Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi.

Jemaah haji ini dipilih daripada mereka yang telah meninggalkan Gaza sama ada disebabkan perang atau untuk rawatan perubatan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts