DAMSYIK – Kem pelarian di daerah Afrin, barat laut Syria ditenggelami banjir akibat hujan lebat berterusan pada Ahad.
Rakyat Syria yang hilang tempat tinggal – dan berlindung di kem pelarian itu – kini berjuang dengan kerosakan disebabkan banjir berkenaan.
Sekurang-kurangnya 30 khemah sementara rosak dan tidak dapat digunakan lagi, menurut Agensi Anadolu.
Syria berdepan perang saudara sejak awal 2011 ketika rejim Bashar al-Assad menentang penunjuk perasaan pro-demokrasi dengan serangan keganasan.
Sejak itu, lebih lima juta orang awam di negara berkenaan kehilangan tempat tinggal.- Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)