337 jenayah Israel ke atas wartawan Palestin didokumentasi

 

GAZA – Kumpulan Wartawan Palestin mendokumentasikan 337 jenayah dilakukan oleh negara haram Israel ke atas pengamal media di wilayah yang dijajah pada bulan lalu.

Jenayah itu termasuk serangan 11 hari yang dilakukan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza yang diduduki.

Daripada jumlah 337 jenayah itu, 110 adalah di Gaza manakala 227 lagi di Tebing Barat.

Kumpulan Wartawan Palestin berkata, seramai tiga wartawan terbunuh, 41 pejabat dan institusi media musnah serta 32 lagi mengalami kerosakan.

Selain itu, 27 kediaman wartawan menjadi sasaran peluru berpandu.

Penahanan wartawan, halangan membuat liputan media serta mengasari petugas media dengan sengaja adalah antara 227 keganasan dilakukan rejim pengganas Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki.

Pada masa sama, seramai 31 wartawan cedera ditembak, 32 sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata, manakala yang lain cedera akibat terkena bom tangan.

Malah, sebanyak 12 penangkapan, 15 kes rampasan dan pemusnahan peralatan media selain larangan akses wartawan ke Baitulmaqdis. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts