4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera

Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad.

Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi tentera kepada Sultan Nurudin sebelum menjadi jeneral. Siapa sangka Pahlawan Islam yang berketurunan Kurdis itu telah berhadapan dengan golongan Syiah dari Kerajan Fatimiyah di Mesir dan berjaya mengalahkan mereka.

Semasa salahuddin diangkat menjadi pemerintah Mesir, beliau telah membuat pelbagai pembaharuan antaranya:-

  1. Membina sekolah bermazhab Ahlussunnah wal Jamaah
  2. Membuka pintu gerbang kota itu kepada orang luar
  3. Membina banyak tempat kemudahan seperti masjid sekolah dan hospital
  4. Menetapkan hari Isnin dan Selasa untuk berjumpa rakyat

Kekuasaan pengaruhnya tidak terhenti di Mesir apabila beliau telah melebarkan kekuasaannya ke Syria dan utara Mesopotamia. Pasukan Islam juga berjaya menguasai Damsyik (1174M), Aleppo (1178M) dan Mosul (1186M).

Walau bagaimanapun, kejayaan yang dimiliki tidak pernah diiringi dengan rasa bangga dan senang. Beliau memikirkan nasib bumi Palestin bercita-cita besar untuk mendapatkannya. “Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?” Kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa.

Mengapa Salahuddin menghabiskan sanggup bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa sedangkan itu bukan negeri kelahirannya?

“Sesiapa Yang Menguasai Palestin, Dia menguasai Dunia.” Kata Salahuddin sebagai memberi gambaran besar betapa pentingnya bumi Palestin.

Bagaimana seorang pemimpin berjaya menyatukan umat Islam dengan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang? Hal itu yang terjadi kepada Salahudin. Beliau berjaya mengumpulkan tentera-tentera Islam yang berbeza bangsa, suku-puak malah mampu menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah, penduduk Syam, Iraq, Yaman, Hijaz, dan Maghribi untuk berjuang atas nama Islam.

Pertempuran pembukaan menakluk Baitul Maqdis telah berlaku dalam Perang Hittin di Galilee pada 4 Julai 1187M. Akhirnya, Tenteram Islam di bawah Salahudin telah mengalahkan tentera Salib dengan 30,000 tentera salib terbunuh dan 30,000 lagi berjaya ditawan yang secara tak langsung membuka jalan mudah untuk menawan Palestin pada Perang Salib II.

Kehebatan Salahudin menawan Palestin telah mengegarkan dunia membeliakkan mata pemerintah-pemerintah Kristian di sekitar Eropah. Hampir semua raja dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin dalam Perang Salib III bagi menebus maruah tentera Salib.

Tentera Salib yang dipimpin oleh Richard the Lion dari England telah bertumbung dengan pasukan Islam Salahudin dalam Perang Salib III. Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun yang membawa kepada persetujuan kedua-dua belah pihak untuk memuat perjanjian di Ramla pada 1192 M dengan mengakui Salahuddin adalah pengusaa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian.

Walau bagaimanapun, kerinduan Allah kepada Salahuddin tiada siapa yang mampu menghalangnya. Semasa umur 56 tahun, Salahudin telah mengehembuskan nafasnya yang terakhir pada 4 Mac 1193 di Syria.

Dikatakan semasa pemergiannya, hanya satu dinar dan 47 dirham harta yang dimiliki malah ia tidak cukup untuk menguruskan pengebumiannya. Peninggalanya bukanlah harta tetapi jasa dan pengorbanannya yang besar terhadap Islam.

Tanah Palestin telah berjaya dirampas dari tentera Salib semasa zaman pemerintahannya. Namun, hari ini tanah yang sama sedang dirobek oleh kezaliman dan kerakusan manusia. Hari Nakbah telah memberitahu bahawa Israel telah menempah tiket awal mendapatkan tanah Palestin.

Lebih meruncingkan lagi apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan kerajaan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 DIsember lalu.

Ibaratnya bumi Palestin yang diperoleh dengan darah oleh tenteram Islam sebelum ini bakal terlepas begitu saja. Juga kaitkan dunia Islam kehilangan legenda Islam yang hebat dan Baitulmaqdis bakal jadi ibu kota negara haram Israel pada hari naqbah (kesedihan) Palestin diusir Yahudi Zionis pada Mei ini.

Sumber : pembinabangi.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts