KUALA LUMPUR, Selasa – Sebanyak 41,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) direkodkan mendaftar dalam Simpanan Shariah di seluruh negara, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pendaftaran skim itu diteruskan sehingga peruntukan dana RM100 bilion habis.
Dana tersebut diperuntukkan bagi tahun 2017 dan ia adalah berasaskan siapa dahulu diutamakan.
Katanya, di Lembah Klang mencatatkan pendaftaran paling tinggi dengan peruntukan masa pendaftaran 10 sehingga 30 minit berbanding satu hingga tiga minit di negeri-negeri lain.
“Ahli-ahli juga perlu melihat berita semasa KWSP yang dikemas kini di laman Facebook dan Twitter dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang akhbar di ibu Pejabat KWSP Jalan Raja Laut di sini hari ini.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/41000-daftar-kwsp-simpanan-shariah-hari-pertama/
www.indahnyaislam.my