Fakta #1: Nama asal Arakan (Rakhine) ialah Rohang. Perkataan Rohingya bermaksud penduduk asal Rohang.
Komen: Jika tanya saya, ada apa pada nama? Ia adalah segala-galanya. Ada sebab kenapa nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia.
Fakta #2: Undang-Undang Kerakyatan Burma yang dilaksanakan oleh kerajaan tentera pada tahun 1982 telah menafikan status kerakyatan Rohingya. Daripada 1.3 juta populasi, hanya lebih kurang 40,000 orang merupakan rakyat yang sah
Komen: Setiap perjanjian dan undang-undang mesti ada hitam putih. Mungkin ada sebab juga kenapa kontrak sosial kita tiada dokumen rasminya? Ingat, kuasa sebenar adalah pada tentera dan ekonomi, bukan politik.
Fakta #3: Sejak berpuluh tahun, ratusan ribu Rohingya hanya tinggal di kem-kem dalam keadaan yang sangat menderita. Mereka berhadapan krisis kurang nutrisi yang sangat kritikal dengan 45% tidak mempunyai sumber makanan yang tetap
Komen: Hak keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal yang dinafikan menjadikan mereka lebih teruk dilayan daripada haiwan
Fakta #4: Rohingya diiktiraf sebagai bangsa minoriti yang paling teruk ditindas dalam dunia moden hari ini
Komen: Walaupun keadaan ini telah diketahui oleh badan berautoriti dunia, pejuang hak asasi manusia dan pelbagai negara namun majoriti seolah tidak mampu berbuat apa-apa
Fakta #5: Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi merupakan penerima Nobel Prize Keamanan Dunia tapi hakikatnya merupakan dalang yang menyokong penglibatan tentera menghapuskan Rohingya secara licik
Komen: Pengiktirafan Barat adalah atas pencapaian menjayakan agenda mereka, bukan rakyat setempat. Jangan pernah tertipu dengan topeng-topeng seperti ini yang dicipta untuk menipu seluruh dunia
Perlu difahami krisis ini adalah rantaian pembantaian Islam di seluruh dunia dan satu proses menghancurkan umat Islam secara keras dan konsisten. Bukan lagi sekadar isu kemanusiaan, tapi isu AQIDAH!
Muhammad Lukman Al Hakim
www.indahnyaislam.my
Ya Allah bantulah saudara kami
Kelicikan konspirasi halus pemerintah dunia baru menyebabkan majoriti penduduk dunia terpegun dan tertipu terutama bagi negara-negara yang bermajotitikan penduduk Muslim.