Coretan ringkas berkenaan Qiamullail:
1. Solat fardhu diseru dengan suara panggilan manusia iaitu Azan, Qiamullail seruannya oleh Allah SWT pada sepertiga malam.
2. Solat fardhu seruannya didengari oleh semua manusia, Qiamullail seruannya hanya didengari oleh sebahagian manusia.
3. Solat fardhu seruannya “Marilah menuju kejayaan”, Qiamullail seruannya pula “Adakah daripada kalangan hambaKu yang meminta sesuatu maka Aku akan berikan kepadanya”.
4. Solat fardhu ditunaikan kebanyakan orang Islam, Qiamullail hanya didirikan oleh manusia yang dipilih oleh Allah AWT daripada kalangan golongan beriman.
5. Solat fardhu mungkin sebahagian manusia menunaikannya kerana riya’ dan terpaksa, Qiamullail ditunaikan oleh seseorang yang ikhlas dan takutkan Allah SWT.
Qiamullail adalah anugerah Allah SWT untuk hambaNya untuk Dia mendengar rintihan dan aduan dalam kemanisan munajat. Jangan halang diri kita daripada Qiamullail.
Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat