Alhamdulillah, saya amat gembira meneliti laporan perkembangan 28 Rang Undang-Undang/Kaedah-Kaedah yang sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Sebahagiannya telah hampir disempurnakan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.
Bagi tahun 2021, antara fokus kerajaan adalah:
Rang Undang-Undang Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Doktrin Atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2021
Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Di Bawah Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 [Akta 814]. Terdapat 9 Kaedah-Kaedah di bawahnya;
Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021;
Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan); dan
Rang Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan).
Saya mohon doa daripada semua umat Islam agar usaha ini dipermudahkan bagi memartabatkan perundangan Islam di Malaysia. – Ismaweb
Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)