1. Banyakkan istighfar dan bertaubat
– Kerana dosa boleh menjadi penghalang kita daripada kebaikan dan kelebihan Ramadhan.
2. Banyakkan berdoa
– Diriwayatkan para Salafusoleh ada yang berdoa 6 bulan sebelum Ramadhan supaya dikurniakan Ramadhan.. kemudian berdoa 5 bulan selepasnya agar diterima amalnya semasa Ramadhan
3. Mohon kekuatan daripada Allah
– “Ya Allah, bantulah kami agar mampu sentiasa mengingatiMu… mensyukuriMu serta mampu beribadat sebaiknya kepadaMu..
4. Bergembira
– Hati mukmin sebenar akan bergembira dengan peluang yang datang bersama Ramadhan.. “Katakan, dengan kunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira..”
5. Persediaan ilmu
– Ambillah masa untuk mengulang kembali ilmu2 berkenaan Ramadhan & Ibadat Puasa – hukum hakam serta adab-adabnya agar dapat kita maksimumkan ganjaran daripadanya
6. Membiasakan diri dengan amalan sunat
– Perbanyakkan puasa sepanjang Syaaban.. banyak membaca quran lebih daripada biasa.. Biasakan bangun seawalnya.. serta amalan-amalan sunat lain – agar bila tibanya Ramadhan.. bukanlah baru ingin bermula !!
7. Saling mengingatkan dan mengucap tahniah
– Penuhkan wall dan status dengan entri yang mengingatkan tentang kelebihan Ramadhan.. Ucapkan tahniah kepada sesama sahabat atas peluang hebat yang dikurniakan Allah ini.. Begitu juga kepada sesama ahli keluarga – pasangan,anak-anak, ibubapa, adik beradik dan kaum kerabat
Tahniah..!! Ramadhan ini mulia.. namun Tuhan Ramadhan jauh lebih Mulia..!!
Moga Allah menerima amalan kita semua.. Amin ya Rabbal ‘alamin…
Sumber: facebook.com/uszul.ibrahim