80 peratus penduduk Gaza derita masalah kekurangan bekalan elektrik

 

GAZA– Sebanyak 80 peratus penduduk di Semenanjung Gaza menderita kekurangan bekalan elektrik yang serius, menurut Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).

Dalam kajian terbaharu, ICRC mendedahkan bahawa 80 peratus penduduk Gaza menjalani kehidupan mereka dalam gelap, dengan hanya menikmati 10 hingga 12 jam bekalan elektrik setiap hari. 

Jawatankuasa itu berkata, kekurangan bekalan elektrik memberi ancaman terhadap kesihatan dan kehidupan seharian penduduk di wilayah berkenaan, di mana majoriti mereka tidak dapat menyejukkan makanan dan menghalang rawatan air sisa beroperasi. 

“Walaupun ada yang mampu mendapatkan bekalan elektrik tambahan melalui generator, sekurang-kurangnya 500,000 orang tidak bernasib baik dan terpaksa menghabiskan sebahagian hari tanpa elektrik,” dedah ICRC. 

Gaza mengalami krisis tenaga yang teruk ekoran pengepungan berterusan pengganas Israel sehingga membataskan bekalan serta kemasukan bahan bakar untuk loji jana kuasa di wilayah itu. 

Wilayah itu juga hanya menerima 120 megawatt elektrik dari Israel dan 30 lagi dari Mesir. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts