Tindakan tegas individu hina Islam: PPIS

 

KOTA KINABALU: Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah (PPIS) meminta kerajaan terus bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, khususnya menerusi media sosial.

Yang Dipertua PPIS, Datuk Nani Sakam, berkata walaupun beberapa individu sudah ditahan kerana menghina Islam, masih ada individu lain melakukan perkara sama dan dipercayai belum dikenakan tindakan berdasarkan perkongsian di media sosial oleh pelbagai pihak.

Katanya, pemantauan pihaknya mendapati ada beberapa lagi pemilik akaun Facebook secara terang-terangan memuat naik hantaran menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sekali gus mereka juga perlu dikenakan tindakan tegas.

“Perkara itu (menghina Islam) tidak sepatutnya dilakukan rakyat negara ini yang mengamalkan keharmonian kaum.

“Kita menggesa pihak keselamatan dan kerajaan khususnya supaya dapat mencari individu berkenaan untuk diambil tindakan sewajarnya.

“Ini kerana perbuatannya boleh menjejaskan perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam kalangan berbilang kaum dan agama,” katanya kepada NSTP.

Sebelum ini, PPIS membuat laporan polis berhubung isu berkenaan terhadap seorang individu menggunakan nama Sally Yen di Facebook yang didakwa membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad.

Mengulas lanjut, Nani berkata, sekiranya tindakan tegas secara berterusan tidak diambil kerajaan, pihaknya bimbang penghinaan terhadap Islam atau agama lain akan berlarutan. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts