Islam mengutamakan makanan halal lagi bersih

 

1. Bapa kepada al-Imam al-Bukhari dikatakan sangat menjaga makanan beliau. Ini kerana ayah yang baik, akan membantu membentuk anak yang baik. Ketika meninggal, beliau diriwayatkan sebagai berkata:

لا أعلم من مالي درهمًا من حرام، ولا درهمًا من شبهة

“Tidak aku ketahui daripada harta aku ini satu dirham pun daripada yang haram, bahkan tidak ada satu dirham pun daripada perkara syubhah.” (Ibn Hajar, Huda/Hady al-Sari)

2. Kata-kata bapa kepada al-Imam al-Bukhari ini didengari oleh Ahmad ibn Hafs lalu beliau berkata di dalam hati beliau:

وصلاح الآباء ينفع الأبناء

“Ayah yang baik (dari segenap aspek) akan memberikan manfaat buat anak-anaknya.” Maka tidak hairanlah kita lihat kehebatan al-Imam al-Bukhari, hasil dari didikan rapi oleh ayahnya.

3. Bahkan seorang Tabi’i yang masyhur bernama Yusuf ibn Asbat pernah memberikan nasihat yang menarik berkenaan penjagaan makanan yang baik ini. Kata beliau:

إذا تعبد الشاب يقول إبليس: انظروا من أين مطعمه؟ فإن كان مطعمه مطعم سوء، قال: دَعُوه، لا تَشتغلوا به، دَعُوه يجتهد ويَنْصَب، فقد كفاكم نفسَه

“Sekiranya seorang pemuda sibuk beribadah, maka Iblis akan berkata: “Cuba perhatikan apa yang dia makan? Sekiranya dia makan dari makanan yang jahat (kotor), maka tidak perlu kita ganggu dia. Biarlah dia beribadah (dan dalam badannya penuh dengan makanan kotor), kerana makanan yang kotor itu telah memadai buat kita.” (al-Bayhaqi, al-Zuhd al-Kabir)

Lihatlah perumpaman yang diberikan oleh Yusuf ibn Asbat ini. Sehinggakan Iblis pun tidak mengganggu hamba yang sibuk beribadah sekiranya makanan mereka kotor kerana makanan yang tidak baik itu telah cukup merosakkan Muslim, luar dan dalam.

4. Justeru, berhati-hatilah dalam memilih makanan. Utamakan produk Muslim. Pilih yang halal lagi suci.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts