🌏 HARI INI DALAM SEJARAH 🌏
PERJANJIAN SYKES – PICOT
📅 16 MEI 1916
Perjanjian Sykes – Picot merupakan sebuah perjanjian rahsia antara British dan Perancis semasa Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini adalah perjanjian pembuatan sempadan di Timur Tengah yang membahagikan Timur Tengah kepada dua bahagian iaitu bahagian yang berada di bawah British dan bahagian kedua diletakkan di bawah pegaruh Perancis.
Sykes – Picot yang diambil bersempena dua orang diplomat yang berunding dalam perjanjian ini iaitu Mark Sykes wakil bagi British dan Francois George – Picot mewakili Perancis. Mereka merancang untuk membahagikan Empayar Uthmaniyyah ini apabila berakhirnya Perang Dunia Pertama.