BAITULMAQDIS: Polis Israel melarang azan dilaungkan dari dalam Masjid Aqsa, lokasi suci ketiga umat Islam, dan menyerang penduduk Palestin yang berkumpul di luar Bab al-Asbat, salah satu pintu pagar utama masjid berkenaan di Kota Lama, untuk menunaikan solat Asar.
Ia susulan tindakan polis rejim Zionis menutup semua pintu masuk ke Al-Aqsa dan melarang solat didirikan di perkarangan masjid itu, kata saksi.
Orang ramai menunaikan solat sejak tengah hari ini di luar pagar masuk ke masjid itu selepas polis menyerang jemaah di dalamnya dan menolak mereka keluar sebelum menutup pagar.
Tindakan itu menghalang kebebasan bersolat di dalam masjid Aqsa, mendakwa penduduk Palestin membakar balai polis yang terletak di dalam perkarangan Aqsa.
Penduduk Palestin membantah dakwaan itu, sebahagiannya menegaskan kebakaran dimulakan polis sendiri atau ejen untuk dijadikan alasan menutup masjid itu sebagai sebahagian plot memaksa penutupan kawasan solat Bab al-Rahma, yang sudah cuba dilakukan polis sejak tiga minggu lalu.
Saksi berkata, ramai anggota polis ditempatkan di pintu masuk ke Aqsa untuk mengusir penduduk Palestin yang datang untuk menunaikan solat Asar.
Pergelutan berlaku dan polis menggunakan keganasan untuk mengusir jemaah. — Berita Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)