JAKIM terima 10,000 aduan berhubung hina agama Islam

 

SEREMBAN: Unit pemantau di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima kira-kira 10,000 aduan berkaitan penulisan menghina dan provokasi kepada agama Islam di semua platform media termasuk media sosial sejak unit itu ditubuhkan minggu lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata setiap aduan yang diterima akan diteliti dan ditapis rapi terlebih dahulu bagi menentukan kesahihannya, kerana ada juga aduan yang diterima melibatkan ‘akaun palsu’.

“Itulah yang akan kita tapis dan kita tengok secara teliti, tapi saya kira yang lebih merisaukan ialah jumlahnya yang begitu besar dan seolah-olah menjadi-jadi. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita di sidang media pra pelancaran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2019 di sini, semalam.

“Kadang kala kita tengok ahli politik di sebelah pembangkang, mereka dilihat terlalu ekstrim kadang-kadang sehingga menghukum orang bukan Islam. Mungkin dengan itu menimbulkan keadaan di mana ada ‘tindak balas’ dan ini semua perkara tidak sihat,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sempena Hari Wanita, Sabtu lepas, Fuziah berkata, sambutan hari wanita itu dicemari oleh kumpulan yang membawa agenda tersendiri.

“Ini satu perkara yang amat dikesali, seharusnya tidak berlaku dan mengapa mereka membawa agenda mereka sendiri dalam sambutan Hari Wanita. Pendirian kita di Jabatan Perdana Menteri, kita kesal perkara itu berlaku,” katanya. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts