1. Saidatina Aisyah menceritakan bahawa sekiranya ada dikalangan kami yang sakit, Rasulullah akan menziarahi mereka. Baginda lalu meletakkan tangan kanan Baginda kepada mereka (memegang/mengusap mereka) lalu berdoa:
أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
“Hilangkanlah penyakit ini wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah, dan Engkau adalah Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhanMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.” (HR Muslim)
2. Bahkan, Baginda turut mengajarkan pada sahabat, doa-doa untuk dibacakan ke atas anggota yang tidak sihat. Sorang sahabat Nabi bernama Uthman bin Abi al-As pernah mengadu kepada Rasulullah tentang kesakitan yang beliau alami.
Baginda lalu bersabda: Letakkan tangan kananmu di tempat yang sakit lalu bacalah bismillah tiga kali dan ucapkanlah di bawah ini tujuh kali:
أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
““Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya dari segala keburukan (penyakit) yang aku perolehi dan aku bimbangi.”
3. Dalam situasi musibah yang menimpa saudara kita di Pasir Gudang, marilah kita doakan mereka kesembuhan seperti yang diajarkan oleh Baginda Nabi. Malah ajarkanlah kepada mereka, doa-doa yang dibaca oleh Baginda Rasulullah. Mudah-mudahan mereka segera sembuh.
Moga Allah melimpahkan kesejahteraan buat kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)