WELLINGTON: Polis New Zealand menahan empat orang susulan kes tembakan rambang di dua masjid di bandar Christchurch, New Zealand hari ini.
Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush, pada sidang media berkata, empat yang ditahan termasuk seorang wanita.
“Terdapat juga laporan bahawa IED (bahan letupan buatan sendiri) dilekatkan pada kenderaan tetapi pihak kami berjaya mengeluarkannya,” katanya.
Katanya, tidak mustahil untuk menganggarkan bahawa serangan itu adalah yang terpencil di Christchurch.
“Buat masa ini kita tidak boleh membuat andaian. Media New Zealand sudah melaporkan bahawa antara sembilan hingga 27 orang terkorban,” katanya. – Berita Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)