Posisi penting negara mesti terus dipegang umat Islam

 

KUALA LUMPUR – Mahasiswa muslim di negara ini perlu memainkan peranan bagi mewarisi kepemimpinan, sama ada dalam masyarakat atau politik, supaya posisi penting negara terus dipegang umat Islam.

Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, lebih daripada 62 peratus posisi penting negara kita kini dipegang oleh bukan Islam.

Beliau berkata, keadaan itu tidak boleh dibiarkan berpanjangan dan mahasiswa memainkan peranan penting dalam konteks keperluan negara.

“Kalau dahulu politik dikuasai oleh orang Melayu, tetapi kini, kebanyakan Ahli Parlimen daripada kerajaan sedia ada, 54 peratus adalah dalam kalangan mereka bukan beragama Islam.

“Perpindahan posisi penting, antaranya menteri kewangan dan menteri media. Jika kita lihat trio kedudukan penting yang menentukan undang-undang dan Perlembagaan dalam negara kita, menteri undang-undang adalah Kristian, peguam negara adalah Kristian, ketua hakim negara juga Kristian.

“Bagaimanakah perkara itu terjadi kepada negara Islam seperti Malaysia yang termaktub agama Islam sebagai agama Persekutuannya,” katanya merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-12 Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) di sini, hari ini.

Prof Dr Zainur Rashid berkata, Malaysia yang sudah 62 tahun merdeka telah mencapai pelbagai kejayaan yang dicatat sejarah pada peringkat nasional, nusantara dan dunia antarabangsa.

“Dunia menyaksikan kehebatan Malaysia dalam bidang pendidikan, penyelidikan, ekonomi, pembangunan dan infrastruktur. Meski, kita pergi ke mana-mana negara Arab atau Asia Tenggara lain akan tabik kepada Malaysia kerana menjadi contoh kepada negara lain.

“Bagaimanapun kita sedar bahawa masyarakat di negara kini berdepan dengan isu-isu rasuah, tol, isu tadbir urus, dan kos sara hidup yang tinggi.

“Kita memahami, inilah masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama, ancaman-ancaman yang lebih besar di negara kita adalah liberalisme, Syiah, kristianisasi, pluralisme agama dan sebagainya perlu diberi penekanan juga,” katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini apabila dikeluarkan senarai 10 orang terkaya di Malaysia, jumlah itu menunjukkan seorang India, manakala sembilan yang lain adalah Cina.

“Jadi, dimanakah ketidakadilan dan ketidaksamarataan yang diperkatakan itu sedangkan ekonomi dikuasai oleh mereka?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli Pembina mengenai hakikat bahawa Malaysia menghasilkan hampir 130,000 graduan setiap tahun daripada universiti awam dan swasta, untuk mengisi kelompongan dalam mewarisi kepimpinan dalam masyarakat tidak kira sama ada sebagai ahli politik mahupun barisan kepimpinan negara pada masa akan datang.

“Mahasiswa Pembina adalah produk yang bakal mengisi posisi dalam kepimpinan masyarakat di peringkat tempatan, perbankan, akademik, badan bukan kerajaan, gerakan dakwah, dan saya kira tidak lama lagi kita bakal saksikan alumni Pembina, menjadi Ahli Parlimen, mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Dengan kejatuhan. umat islam perlu muhasabah, mengambil iktibar, belajar meperbaiki kesilapan bangkit dan bersatu tidak selesa dan membangga diri. Ikut perintah ugama inshaallah kita berjaya tetapi jika kita lalai padah akhirnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts