Kami dipaksa makan daging babi: Muslim Uighur

 

HONG KONG – Orang Islam yang ditahan di ‘kem pendidikan semula’ di China dilarang solat dan dipaksa makan babi selain dilarang menyimpan janggut.

Pendedahan itu dibuat bekas tahanan, Omir Bekali yang mendakwa tindakan ke atas etnik Uighur dan kumpulan minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang itu bertujuan untuk mengurangkan kepercayaan agama mereka.

“Mereka memanggil kami ‘pelajar’ dan dipaksa beratur menghadap dinding dan menyanyikan lagu kebangsaan selama 30 minit pada setiap pagi. Saya tidak mahu ikut arahan mereka, namun terpaksa kerana sudah lali. Walaupun selepas setahun, ia masih terngiang-ngiang dalam kepala saya,” katanya.

Bekali dilahirkan di Xinjiang dan berpindah ke Kazakhstan atas urusan kerja pada 2006.Menurutnya, dia ditahan apabila kembali ke wilayah itu pada Mac 2017 dan dipenjarakan atas dakwaan membiayai keganasan.

Selepas tujuh bulan, dia dipindahkan ke ‘kem pendidikan semula’ di Karamay di mana dia turut dirantai.”Setiap Jumaat, tahanan akan dipaksa makan daging babi dan kami dilarang solat atau menyimpan janggut yang didakwa sebagai simbol ekstremisme. Satu-satunya bahasa yang dibenarkan di kem itu adalah bahasa cina.

“Apabila saya enggan mengikut arahan mereka, saya akan dipaksa berdiri selama lima jam sebelum ditempatkan dalam kurungan seorang diri dan tidak diberi makan selama 24 jam,” ujarnya.Jelasnya lagi, tekanan psikologi yang dihadapi mereka adalah sangat besar dan hampir memakan dirinya sendiri.

“Hidup saya berada dalam tekanan, tidak boleh tidur dan otak saya terus menerus berfikir tanpa henti,” katanya dalam temubual berasingan pada tahun lalu.

Lebih sejuta etnik Uighur ditahan di kem terbabit di wilayah Xinjiang yang didakwa oleh Beijing kononnya sebagai langkah untuk memerangi keganasan dan ekstremisme.

Kebimbangan negara antarabangsa terhadap keadaan di pusat kemudahan itu menyebabkan Sweden pada Khamis lalu mengumumkan ia akan memberikan status pelarian kepada pencari suaka Uighur.

Awal minggu lalu, China bertindak balas dengan mengeluarkan laporan panjang tentang penahanan 13,000 pengganas selain menumpaskan ratusan ‘geng pengganas’ di Xinjiang.Sehingga kini, Beijing menggelar kem itu sebagai ‘asrama’. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts