Kaum Thamud yang menempa batu

 

1. Allah menceritakan dalam al-Quran bagaimana kehebatan kaum Thamud yang mendiami kawasan al-Hijr. Mereka diberikan kelebihan bidang seni bina di mana mereka menempa batu dan bukit untuk dijadikan rumah atau kubur mereka. Firman Allah:

وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ

Dan kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (al-Fajr:9)

2. Di dalam Surah al-Syu’ara pula, Allah membayangkan tentang teknologi serta kemajuan alam bina mereka mereka. Firman Allah:

وَتَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا

Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal

3. Ketika dalam misi perang Tabuk, Rasulullah diriwayatkan pernah melalui kawasan ini. Abdullah ibn Umar menceritakan bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat agar sentiasa mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku kepada kaum yang mengengkari Allah ini. Sabda Rasulullah:

لا تدخلوا على هؤلاء المعذبين إلا أن تكونوا باكين، فإن لم تكونوا باكين فلا تدخلوا عليهم أن يصيبكم مثل ما أصابهم

“Janganlah kalian masuk di kawasan mereka yang pernah ditimpakan azab ini melainkan dalam keadaan menangis. Sekiranya kamu tidak mampu untuk menangis maka janganlah masuk di kawasan ini. Aku bimbang kamu akan ditimpakan azab seperti mana yang telah menimpa mereka.”

4. Tabuk berada di kawasan utara Madina. Jaraknya dengan Madina hampir 530 kilometer. Dalam perjalanan yang panjang ini Rasulullah melalui perkampungan Thamud ini. Sekalipun penat berjalan sejauh 500 kilometer ini, Rasulullah masih sempat mengingatkan kepada mereka tentang pengajaran yang perlu diambil apabila melalui kawasan mereka.

5. Ingatlah, sehebat mana ketamadunan manusia, ia mesti dibina atas kerangka yang tunduk kepada kehendak Allah dan Rasul. al-Quran dan sunnah membimbing manusia ke arah membentuk ketamadunan yang sempurna.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts