Raja bukan sekadar pelengkap memenuhi adat negara beraja: Sultan Nazrin

 

PUTRAJAYA: Perkara yang dipersetujui ketika penggubalan Perlembagaan Merdeka menyentuh prinsip asas terutama Islam dan Melayu tidak harus diperdagangkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah prinsip berkenaan tidak boleh sama sekali dikompromi dan tidak wajar dikorbankan kerana kepentingan untuk mengutamakan atau melindungi mana-mana pihak, organisasi atau individu.

“Segala persetujuan wajib dihormati. Walau apa sekali pun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah hari ini dan di hari muka.

“Ummah wajib berdiri teguh, berpendirian tegas, tidak berundur walau setapak sekali pun,” katanya ketika bertitah pada Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Tersurat di sini, pada Sabtu.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah – Majlis Dakwah Negara (MDN), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Sultan Nazrin bertitah, Raja bukan sekadar pelengkap memenuhi adat negara beraja, rakyat bersultan dan simbol melaksanakan tugas keraian semata-mata.

“Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan dan pendengaran Raja-Raja.

“Pandangan berterus-terang Raja-Raja dalam perkara berkaitan agama Islam, bahasa kebangsaan, perpaduan warga, kebebasan kehakiman, rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tercetus daripada hasrat untuk memastikan negara terus stabil dan aman, warga terus sejahtera dan makmur,” titah baginda. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts