Liberal mendidik masyarakat kepada kemungkaran

 

1. Program anjuran Gerak Budaya ini dikatakan menampilkan seorang peguam yang akan berkongsi berkenaan proses beliau dalam menanggalkan tudung dan bagaimana evolusi yang berlaku daripada seorang yang berhijab kepada tidak berhijab.

2. Beliau dikatakan turut aktif dalam media sosial dalam memperjuangkan hak-hak kemanusiaan termasuklah hak kumpulan LGBT, hak tidak bertudung dan hak untuk murtad.

 

Image may contain: 1 person, smiling, text

 

3. Persoalannya, apakah pendirian kita terhadap Muslim yang menjadi advocator kepada kemungkaran? Apakah pendirian al-Quran dalam perkara ini?

3.1 Pada hakikatnya, mencegah kemungkaran adalah sesuatu yang dituntut dalam agama. Apabila seseorang itu memberikan nasihat kepada kemungkaran, adalah jelas tindakan mereka bercanggah dengan al-Quran. Dalam al-Quran, Allah menyifatkan Bani Israel sebagai bangsa yang dilaknat kerana mereka tidak mencegah kemungkaran. Firman Allah:

كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

“Mereka sentiasa tidak mencegah (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.” Surah al-Maidah: 79.

4. Bahkan dalam al-Quran, Allah menegaskan bahawa mereka yang menasihatkan kepada kemungkaran ini disifatkan sebagai golongan munafiq. Firman Allah:

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagiannya adalah sama dengan sebahagian yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang mungkar, dan melarang dari perbuatan yang baik. Surah al-Taubah:67.

5. Rasulullah turut mengingatkan bahawa mereka yang tidak mencegah kemungkaran sedangkan dia mampu, maka akan dibimbangi akan ditimpa azab dari Allah. Sabda Rasulullah:

((ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ))

“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)

6. Amat menghairankan bagaimana golongan Liberal ini mendidik masyarakat kepada kemungkaran sedangkan Allah dan Rasul telah banyak memberikan panduan dalam perkara mencegah dan menjauhi kemungkaran.

Moga Allah membimbing Muslim dengan al-Quran dan menghidupkan semangat amar makruf dan nahi mungkar.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Inilah agenda utama yang dibawa oleh pengikut dajjal atas nama hak kebebasan manusia dan hak sama rata gen lelaki dan wanita itu sama tiada biasa. Prinsip ini secara langsung telah menolak agama islam dan hukumnya. Wanita wanita ini dipersiapkan oleh dajjal utk disiapkan menyambut dajjal dan inilah wajah wajah pengikutnya dan ini tanda kebenaran apa yg diucapkan oleh Nabi muhamad saw adalah benar jadi kita xboleh menahan sebab gerakan ini didokong oleh ramai manusia cuma keutamaan kita sebagai ibubapa cubalah sedaya mungkin menghalang perkara ini dalam keluarga masing masing dgn asas tiang agama dan kasih sayang

  2. Assalamualaikaum WBT
    Ya dr….Apakah tindakan Kita????? Adakah tindakan mencegah (proaktif) di bolehkan dalam islam?????
    Sila beri pencerahan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts