Banteras pemahaman Islam liberal dan penerimaan LGBT: Tengku Hassanal

 

KUANTAN: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, bertitah supaya gejala pemahaman Islam liberal dan penerimaan terhadap golongan menyalahi fitrah manusia seperti LGBT di Negeri Pahang dapat dibanteras.

Baginda menitahkan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa bagi membanteras perkara ini daripada terus berleluasa dan meracuni minda umat Islam.

Baginda turut bertitah, konsep amar makruf nahi mungkar merupakan tuntutan ajaran islam sebagai asas bagi menjadikan negeri ini terus makmur dan sejahtera.

Dalam pada itu, baginda berasa amat terkesan terhadap penghinaan kepada institusi raja dan menyeru tindakan yang wajar patut diambil mengikut undang – undang dalam memastikan martabat institusi raja dihormati oleh semua pihak.

“Sesungguhnya penghinaan sebegini tidak boleh dipandang enteng dan wajar diambil tindakan mengikut undang-undang dalam memastikan martabat institusi raja dihormati oleh semua pihak.”

“Suka saya mengingatkan bahawa agama islam merupakan agama persekutuan namun agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian persekutuan. kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan di mana setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.”titah baginda.

Baginda turut berharap perbezaan fahaman politik tidak menjadi percaturan dalam memelihara kesucian agama islam. Hal ini penting bagi memastikan agama Islam tidak dipermainkan sehingga sensitiviti islam itu sendiri tidak dipedulikan oleh sesetengah pihak seterusnya mencetuskan perbalahan di kalangan ummah. – wanrosdy.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts