SEMALAM tular satu video yang dibuat oleh media antarabangsa RT yang menceritakan penipuan yang dibuat oleh Amerika dan kuncu-kuncunya dalam perang Iraq yang akhirnya memberi bencana besar pada seluruh umat Islam disana. Boleh tonton disini:
https://www.facebook.com/watch/?v=449802662260045
Sebenarnya apa yang berlaku di Iraq itu bukanlah yang pertama dalam sejarah umat. Saat apabila umat Islam tidak pernah belajar daripada apa yang berlaku dalam peristiwa kejatuhan Andalus 1492, kejatuhan Baghdad 1258, kejatuhan Huijiang 1759 (Xinjiang hari ini), kejatuhan al-Quds 1099, kejatuhan Melaka 1511 bahkan kejatuhan Khilafah Islam 1924 itu sendiri.
Semuanya skrip yang sama, bermula daripada pertelingkahan dalaman umat Islam yang akhirnya mengambil pihak luar kononnya bantu menyelesaikan pertelingkahan tersebut tetapi apa yang berlaku selepas itu adalah bala untuk umat keseluruhannya.
Moga peristiwa seperti ini tidak berlaku di bumi tercinta Malaysia. Bacalah sejarah umat Islam dan ambillah pengajaran daripadanya kerana mereka yang tidak kenal sejarah pasti akan mengulangginya.
Ingatlah pesan tok nenek kita sejak dahulu lagi: Jangan sampai ‘menang sorak kampung tergadai’, jangan sampai ‘yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran’.
Ustaz Muhammad Firdaus Zalani
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)