JAIS kecam tindakan radikal gerakan wanita buka tudung

 

SABAK BERNAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengecam tindakan radikal mempromosikan pelanggaran ijma’ ulama iaitu menggalakkan golongan wanita ‘dehijabbing’ (buka tudung).

Pengarahnya, Haris Kasim berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.

“Fahaman seperti ini juga dilihat semakin menonjol dan amat berani memperjuangkan hak-hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) secara terang-terangan menuntut hak kebebasan mutlak serta memandang enteng hukum syariat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama rakyat di Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, di sini, pada Isnin.

Justeru, katanya, JAIS akan bertindak dalam mengawal penularan ajaran yang terang-terangan menyeleweng teras agama.

“Usaha ini dilakukan melalui pemantauan dan siasatan terhadap ajaran yang dikenalpasti,” katanya.

Haris berkata, selain itu, JAIS juga mendapati terdapat sebilangan pihak yang cuba menghidupkan semula ajaran-ajaran yang telah dikenalpasti dan difatwakan sebagai bertentangan dengan kesucian pegangan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“JAIS giat melakukan program kesedaran mengenai bahayanya ajaran-ajaran sesat yang boleh mengancam kesejahteraan umat Islam.

“Antara ajaran bertentangan akidah, syariah dan akhlak seperti Al-Arqam, Ilmu Tarikat Hasan Joned, ajaran Hj Ghazali Othman dan sebagainya,” katanya.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sambil diperhatikan Haris (kanan) menandatangani plak perasmian Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, di sini. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Syukur alhamdulillah Pihak JAIS bertindak teruskan usaha mpejuangkan ugama islam tidak membiarkan pihak bertanggungjawab bermaharajalela menyebarkan dakyah songsang mereka semoga Allah membantu. Disebabkan kegagalan pemerintah dan sokongan segelintir dari mereka menjadi punca berlaku perkara tersebut dan kita yang cintakan ugama semestinya tidak berdiam diri dan takut dengan kumpulan yang tidak tahu malu langaung dengan perintah Allah
    Mereka seolah olah seperti tiada maruah diri dengan bersengkokol dengan kaum kafir dan munafik laknatullah. Sangat menjijikkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Menjual doa

  Beberapa hari lepas saya terkejut apabila melihat satu fanpage facebook yang menawarkan khidmat berdoa di tanah suci.…