Liberal mempersoal operasi Jabatan Agama?

 

1. Sebahagian pemikir liberal tidak selesa dengan tindakan Jabatan Agama yang menjalankan operasi amar makruf dan nahi munkar. Mereka membandingkan situasi di Malaysia dengan Muslim diluar negara yang tiada Jabatan Agama memantau aktiviti mereka.

 

No photo description available.

 

2. Pada hakikatnya, konsep mencegah kemungkaran ini telah dilakukan pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Apakah iman para sahabat tidak sekuat iman golongan liberal sehingga terpaksa dipantau dengan sistem nahi mungkar?

3. Konsep mencegah mungkar ini adalah dianjurkan oleh al-Quran sendiri. Allah menyifatkan Bani Israel sebagai bangsa yang dilaknat kerana mereka tidak mencegah kemungkaran. Firman Allah:

كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

“Mereka sentiasa tidak mencegah (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.” Surah al-Maidah: 79.

4. Di dalam Surah al-Tawbah pula, Allah menyifatkan antara sifat orang munafiq itu adalah mereka yang tidak mencegah kemungkaran. Firman Allah:

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik. Surah al-Taubah:67.

 

 

5. Bahkan Rasulullah mengingatkan bahawa mereka yang tidak mencegah kemungkaran sedangkan dia mampu, maka akan dibimbangi akan ditimpa azab dari Allah. Sabda Rasulullah:
((ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ))

“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)

6. al-Imam Ahmad ibn Hanbal menceritakan bagaimana sahabat-sahabat Abdullah ibn Mas’ud sentiasa menjalankan kerja mencegah kemungkaran. Kata beliau:

كان أصحاب ابن مسعود إذا مروا بقوم يرون منهم ما يكرهون، يقولون: مهلا رحمكم

Sesungguhnya para sahabat Abdullah ibn Mas’ud itu sekiranya mereka lalu disisi satu kaum yang melakukan perkara yang dibenci, mereka akan menegurnya dan berkata: Berhenti dari melakukannya! Semoga Allah merahmati.

7. Apakah Iman para sahabat Rasulullah sangat lemah sehingga terpaksa melakukan operasi menasihati dan mencegah kemungkaran ini? Sudah tentu tidak. Ini kerana sifat manusia yang sering leka perlukan bimbingan dan bantuan dalam pembinaan iman.

8. Laungan golongan liberal untuk membebaskan diri mereka daripada operasi mencegah kemungkaran hanyalah perjuangan membimbing manusia ke arah mengangkat kebebasan individu yang bercanggah dengan panduan dari al-Quran dan hadith.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts