Apabila iftar menjadi adat bukan lagi ibadat

 

RIUH rendah majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh individu dan organisasi. Cuma suasana tahun ini agak berubah bila ada orang amat berbangga bila majlis berbuka puasa yang dianjurkan dihadiri oleh orang kafir.

Seolah-olah itulah kejayaan mereka tahun ini untuk memperolehi ganjaran sewajarnya dari Allah Taala. Mungkin mereka merasakan bahawa satu inovasi baru ibadah dalam Islam.

Iftar adalah ibadah dalam Islam. Ibadah perlu dilakukan mengikut saranan dari syariat agar kita dapat ganjaran yang sebaik mungkin dari Allah. Apa yang berlaku sekarang ada yang merasakan ianya pesta untuk berbuka puasa yang menyeronokkan. Malang lagi bila tempat iftar bukan lagi masjid atau surau-surau tetapi dilakukan tempat-tempat sembahan agama lain.

 

 

Banyak adab-adab yang perlu kita jaga untuk memperolehi ganjaran yang semaksimum mungkin dari iftar yang kita lakukan tetapi sekarang ianya tidak menjadi keutamaan setengah orang sekarang ini. Mungkin sudah ramai yang merasakan iftar bukan ibadat dalam Islam tetapi adat. Bila adat ianya memerlukan kepada kemeriahan dan keseronokan.

Kita amat dituntut untuk memberi sumbangan iftar agar pahala mereka yang berpuasa dapat juga kita perolehi tetapi sekarang dah terbalik. Ada orang gembira bila dapat menjamu orang kafir semasa majlis berbuka puasa. Walaupun ianya bukan haram tetapi aliran pemikiran umat Islam telah berubah.

Di samping mereka menyediakan jamuan iftar untuk orang kafir, ada juga yang mencari-cari untuk adakan jamuan iftar di tempat sembahan orang kafir. Seolah-olah itulah kedamaian dan keharmonian dalam agama. Apa yang membimbangkan jika iftar dianggap sebagai adat bukan lagi ibadah dalam Islam.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts