Keciciran akidah dalam masyarakat miskin bandar: Apa peranan kita?

 

MASYARAKAT Projek Perumahan Rakyat (PPR) tergolong dalam kategori miskin bandar. Kebanyakan anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan Islam yang sempurna akibat kesibukan ibu bapa bekerja bagi memenuhi desakan hidup. Dari sudut aspek ekonomi, mereka sememangnya ketinggalan berbanding kelompok lain dan perlu di bantu.

Namun begitu, tidak ramai pihak yang memerhatikan masalah ini dari sudut aqidah. Hasli pemerhatian Yayasan Maghfirah (PPAB-04-2018), ramai anak-anak tidak mampu membaca al-Quran, tidak tahu bersolat dengan sempurna dan mempunyai kefahaman yg lemah tentang Islam. Inilah yang dikatakan sebagai keciciran akidah. Masalah ini menjadi punca kepada masalah akhlak dan gejala sosial yang membantutkan potensi sebenar anak-anak ini.

Keadaan rumah yg sesak dan padat menyebabkan anak-anak di PPR banyak meluangkan masa diluar tanpa sebarang aktiviti berfaedah. Sebahagian dari mereka sering pulang lewat sehingga 12 tengah malam. Pada usia yang sangat muda, mereka sudah terdedah dengan pelbagai dugaan kehidupan bandar seperti hiburan melampau, serangan pemikiran dan akidah, gangsterisme dan ketagihan dadah.

Justeru Yayasan Maghfirah mengajak tuan dan puan untuk bersama-sama menyantuni masyarakat miskin bandar dan membantu anak-anak ini mengatasi masalah keciciran akidah. Tuan dan puan dijemput untuk menaja KELAS SAHABAT AL-QURAN yang mensasarkan penyertaan 1000 orang anak-anak miskin bandar disekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sehingga kini, sudah hampir 200 orang mengikuti kelas ini setiap minggu.

KELAS SAHABAT AL-QURAN (SAQ) adalah kelas bermodul dan interaktif yang digerakkan oleh sukarelawan Yayasan Maghfirah terdiri daripada mahasiswa dan guru-guru agama. Kelas ini cuba merawat masalah sosial pada akarnya iaitu dengan membina akhlak dan jati diri melalui didikan agama dan al-Quran.

Di hujung Ramadan ini, ayuh rebut peluang saham akhirat ini. Ilmu al-Quran yang kita usahakan kepada anak-anak ini akan digunakan sepanjang hayat meraka. InsyaAllah.

 

 

================================
Tajaan individu: RM80.00
Tajaan berkumpulan (10 orang): RM800.00
================================

Salurkan sumbangan anda melalui pautan:

https://www.billplz.com/kelasSAQlembahpantai

atau terus ke akaun yayasan:

CIMB Islamic Yayasan Maghfirah
8603221427

Sekiranya anda ingin membuat penajaan korporat atau berkumpulan, sila hubungi:
03-87401193 (Pejabat)

Whatsapp 1: https://klix.cc/w4nWy
Whatsapp 2: https://klix.cc/RQCQA

Layari www.yayasanmaghfirah.org untuk maklumat lanjut.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts