KAHERAH: Bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin.
Menurut laporan media tempatan, Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu.
Morsi dipilih secara demokratik pada 2012 yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak.
Beliau kemudian digulingkan selepas protes besar-besaran dan rampasan kuasa tentera pada Julai 2013.
Morsi, 67, hanya sempat berkhidmat selama setahun, sementara organisasi yang dimiliki beliau, Ikhwanul Muslimin, telah diharamkan. – Astro Awani
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)