Kerajaan China berusaha keras musnahkan identiti, budaya Muslim Uyghur

 

XINJIANG – Kerajaan China tidak akan berhenti menindas walaupun dengan cara kejam, demi memusnahkan identiti etnik minoriti Islam Uyghur di negara itu, kata ketua Perhimpunan Kebangsaan Turkistan, Seyit Tumturk.

Beliau berkata, saat ini China sedang bertungkus-lumus menghapuskan budaya termasuk mengharamkan bahasa Uyghur, merobohkan masjid, serta menafikan sejarah dan warisan mereka.

“Anak lelaki kami diseksa, anak perempuan dipaksa berkahwin dengan lelaki China tanpa kerelaan, manakala anak-anak yang masih kecil telah dihantar ke rumah anak yatim.

“Jutaan rakyat dari kaum itu telah dikurung oleh Komunis China di dalam kem tahanan, seperti yang dilakukan oleh komunis Nazi di Timur Turkistan.

 

 

“Semuanya kerana kami muslim Turki. Cukup-cukuplah tindas kami. Uyghur tak sepatutnya hidup atas dasar ‘belas kasihan’ China,” katanya sempena ulang tahun ke-10 rusuhan Urumqi.

Rusuhan etnik yang tercetus pada 5 Julai 2009 di Urumqi, ibu negeri Xinjiang, mengakibatkan hampir 200 orang terbunuh dan ratusan rakyat dari kaum Uyghur ditangkap.

Sebelum ini dilaporkan, kerajaan China sentiasa menindas muslim Uyghur di Xinjiang, antaranya tidak membenarkan setiap kakitangan, guru dan pelajar berpuasa dan menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan bulan Ramadan.

 

 

Bahkan, muslim Uyghur juga tidak dibenarkan untuk memakai tudung, membela janggut, memakai lambang bulan sabit dan bintang di pakaian atau pengangkutan awam.

Lebih 10 juta umat Islam Uyghur yang sebahagian besarnya tinggal di wilayah Xinjiang atau Turkistan Timur.

Walaupun, muslim Uyghur membentuk komuniti terbesar di wilayah berkenaan, mereka berdepan dengan kawalan dan larangan ketat kerajaan Komunis China, yang mengehadkan perjalanan dan amalan agama. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts