Mereka tinggalkan Rasulullah keseorangan

 

1. KETIKA Rasulullah menyampaikan khutbah di Madinah, datanglah kafilah dagangan dari luar. Mereka yang sedang mendengar khutbah tersebut tiba-tiba meninggalkan Rasulullah berdiri keseorangan kerana mengejar perdagangan dunia. Al-Quran merekodkan peristiwa ini di dalam firman Allah:

وَتَرَكُوكَ قَآئِماًۚ

“Dan mereka meninggalkan engkau berdiri keseorangan (wahai Muhammad).”

2. Lihatlah bagaimana dunia itu menggoda, sekalipun manusia berada di hadapan Nabi yang agung, mereka sendiri boleh terpesona dengan kilauan dunia sehingga meninggalkan Rasulullah berdiri keseorangan. Apakah kita akan meninggalkan ajaran Rasulullah hanya kerana habuan dunia?

3. Ingatlah urusan dakwah tidak akan mengecewakan mukmin. Beberapa siri sirah membuktikan para ulama itu tidak jemu menyampaikan sekalipun mereka ditinggalkan manusia.

4. Ibn Asakir menukilkan bahawa Ata’ Ibn Rabah adalah seorang manusia yang sangat tabah. Beliau sentiasa menyampaikan pengajiannya sekalipun hanya dihadiri oleh tujuh atau lapan orang sahaja. Sedangkan keilmuannya adalah sesuatu yang tidak dinafikan. Kata seorang lelaki dari Bani Umayyah:

لا يفتي الناس في الحج غير عطاء

“Manusia tidak akan mengeluarkan fatwa berhubung haji sekiranya Ata’ ada.”

Kenyataan ini membuktikan tahap keilmuannya yang tinggi sehingga tiada siapa berani memberikan fatwa sekiranya Ata’ ibn Rabah ada. Namun, dalam menyampaikan dakwah, beliau tidak merasa jemu untuk meneruskan sekalipun hanya disahut oleh segelintir. (Tarikh Dimashq, Ibn Asakir)

 

 

5. Hanbal ibn Ishaq pula menceritakan bahawa al-Imam Ahmad ibn Hanbal menghabiskan proses pengajian kitab Musnadnya (secara imla’) hanya dengan tiga orang pelajar iaitu Hanbal, Soleh dan Abdullah. (Siyar A’lam al-Nubala’)

6. Begitulah lumrah dakwah. Seorang pendakwah akan diuji dengan dunia. Adakalanya dunia mengujinya, manusia melarikan diri dari mereka. Adakalanya dunia akan mengalihkan dirinya dari urusan dakwahnya.

Apakah kita akan meninggalkan Rasulullah berdiri keseorangan? Apakah kita akan meninggalkan dakwah Rasulullah kesepian?

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts