Kekeliruan liberal tentang arak

 

1. SITI Kasim membidas Menteri Agama dalam isu pengiklanan arak yang mengelirukan baru-baru ini. Kata Siti Kasim: “Wahai Mujahid Rawa, tolong jangan hina umat Islam seolah-olah kita mudah dikelirukan. Mungkin mereka yang telah diajar tidak menggunakan akal akan keliru. Oleh itu, jangan cuba keluarkan peraturan apa yang kami boleh atau tidak boleh minum.”

2. Sebenarnya yang keliru adalah Siti Kasim sendiri. Dalam isu penjualan arak secara terbuka dan mengelirukan, sarjana Muslim telah memberikan garis panduan yang sangat jelas. Rasulullah sangat bertegas dalam perkara yang melibatkan arak. Baginda memberikan ancaman bahawa Allah melaknat sepuluh golongan yang mempunyai hubungan dengan arak.

3. Sarjana Islam terdahulu amat memahami perkara ini sehingga sebahagian mereka tidak membenarkan non-Muslim untuk menzahirkan aktiviti arak mereka.

al-Imam Ahmad pernah ditanya berhubung perkara ini. Beliau pernah ditanya tentang bolehkan ahli zimmah (non Muslim) membawa masuk arak mereka dikawasan Muslim. Jawab Ahmad ibn Hanbal:

ليس لهم أن يظهروا بيع الخمر ولا يدخلوه إلا أن يكون في صلحهم

“Tidak seharusnya bagi ahli zimmah (non Muslim) menzahirkan aktiviti penjualan arak mereka dan membawa masuk ke dalam kawasan Muslim. (al-Masail al-Rasail, (Riyad: Dar Taybah, 1412), 2/348)

 

 

4. Al-Imam Mawardi pula memberikan syarat yang lebih ketat. Kata beliau berhubung syarat ahli zimmah (kafir zimmi/non Muslim) adalah:

والرابع : أن لا يتظاهروا بشرب خمورهم، وخنازيرهم، ولا يسقوا مسلماً خمرا

“dan syarat yang keempat (buat ahli zimmah/non Muslim yang mendiami dibawah naungan Muslim) adalah mereka tidak menzahirkan aktiviti minum arak mereka, begitu juga dengan khinzir mereka, dan tidak boleh non Muslim untuk memberi Muslim arak.” (al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah), Jil 14, m/s 318; )

5. Dan panduan buat Muslim yang sebenar adalah ajaran Islam itu sendiri, bukannya penganutnya. Andai penganutnya dari Saudi melakukan kesalahan, apakah itu akan menjadi sandaran kita untuk melakukan kesalahan yang sama?

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts