Solat gerhana bukan ajaran pagan, pensyarah jawab penyelewengan Siti Kasim

 

KUALA LUMPUR – Pemikiran segelintir golongan liberal bahawa solat gerhana sebagai aktiviti menyembah Hubal iaitu ‘Tuhan Bulan’ golongan musyrikin di tanah Arab satu ketika dahulu sebagai mengelirukan.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkata, solat gerhana langsung tidak ada kaitan dengan konsep paganism atau kepercayaan dalam penyembahan berhala.

“Dakwaan liberal yang mengaitkan solat gerhana dengan penyembahan berhala Hubal (Mood God) adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana Rasulullah mendidik umatnya supaya menolak Hubal bahkan Baginda sendiri mengarahkan agar Hubal dimusnahkan.

“Bahkan ketika berlakunya pembukaan kota Mekah, Rasulullah sendiri mencucuk mata berhala Hubal dan memerintahkan agar berhala tersebut dirobohkan,” tulis Dr. Ahmad Sanusi dalam Facebook beliau.

Dr. Ahmad Sanusi menjawab persoalan yang dilontarkan kepada beliau berkaitan tulisan peguam Siti Kasim di Facebook beliau pada 16 Julai lalu.

Pada hantaran itu Siti Kasim menulis ‘Is this Islamic practice or paganism? You decide’. (Adakah ini ajaran Islam atau kepercayaan pagan? Anda putuskan).

Pada hantaran itu Siti Kasim turut berkongsi tangkap layar sebuah berita bertajuk ‘Masjid di Perlis anjur solat gerhana bulan pagi esok’.

 

Tangkap layar hantaran Siti Kasim di Facebook beliau pada 16 Julai lalu.

 

“Tindakan sebahagian liberal yang seolah cuba mengaitkan solat gerhana dengan kefahaman paganism adalah tindakan yang tidak wajar. Ia kelihatan merendahkan sunnah Rasulullah bahkan seakan menghinanya.

“Semoga Allah membimbing kita serta menyelamatkan kita dari penyelewengan pemikiran liberal yang memfitnah Islam,” kata Dr. Ahmad Sanusi.

Menurut Dr. Ahmad Sanusi solat gerhana telah disyariatkan oleh Allah melalui Sunnah Rasulnya, Muhammad SAW.

 

 

Ketika berlakunya gerhana di zaman Rasulullah, ada dalam kalangan sahabat yang masih berfikir bahawa gerhana itu berlaku disebabkan oleh kematian seseorang.

Rasulullah membetulkan kefahaman ini lalu bersabda, “Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan itu tidak berlaku disebabkan kerana kelahiran atau kematian seseorang. Sekiranya kamu menyaksikan gerhana berlaku maka dirikanlah solat dan berdoalah kepada Allah.”

Sebahagian sarjana muslim berpandangan bahawa hukum solat gerhana adalah sunat muakkad.

Ini kerana Rasulullah bukan sahaja mengarahkan umatnya supaya mendirikan solat gerhana, bahkan Baginda sendiri menunaikannya.- Utusan Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts