APABILA membaca berita ini, saya terkejut.
Hari ini media melaporkan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) berkata, khat dan jawi bukan identiti Malaysia dan menyalahi Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan.
Baca: Khat bukan identiti Malaysia ! – MCCBCHST
Perkara 12(3) menyatakan “tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri”.
Sejak bilakah tulisan jawi dan seni khat itu adalah satu upacara agama Islam?
Saya sifatkan ini sebagai satu cubaan memainkan sentimen agama dalam isu khat dan jawi ini. Malah, ini mendedahkan betapa tebalnya perasaan dan sentimen Islamofobia dalam diri mereka.
Ironi sungguh apabila mereka bermain api sentimen Islamofobia sebegini kerana penubuhan MCCBCHST ini kononnya untuk keharmonian antara agama.
Tetapi tindak tanduk mereka membuktikan sebaliknya. Memalukan.
Adakah salah faham terhadap Islam ini natijah dari kegagalan mereka bergaul dengan orang Melayu sejak bangku sekolah lagi kerana sistem pendidikan kita terpisah kerana wujudnya sekolah vernakular?
Mungkin inilah bukti dan masanya untuk kita tutup sahaja sekolah-sekolah vernakular, dan sama-sama kita bangunkan sekolah aliran nasional.
Haji Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)