PERNAH pada satu masa pada tahun 1902 Sultan Zainal Abidin III mengutus surat kepada Tok Ku Paloh mengadu akan perancangan Inggeris yang cuba untuk jatuhkan Terengganu dengan menyerahkan kepada Siam yang Sultan istilah sebagai kuffar. Tok Ku Paloh balas surat tersebut dengan menyatakan:
“Moga-moga Allah memberi pertolongan untuk menolaknya kerana sudah bersatu kira antara Siam dengan Inggeris tetapi nyata Insya Allah tiada sekali-kali Allah Subhanahu Ta’ala tasalit kan (memberi kuasa) kepada Kuffar atas Muslim melainkan sebab tadyik (menghilangkan) mereka akan hudud syariat (hak-hak hukum Islam) dan tiada bersungguh-sungguh mereka itu dengan berpegang atas syara’ yang mu’tabarah dan mempermasukkan ke dalam agama Islam akan larang yang dibenci oleh Rasulullah SAW maka wajiblah pada sekarang ini Sri Paduka anakanda berkuat pada menzahirkan agama dan membatalkan segala munkar jangan sekali-kali diam iaitu tidak hiraukan” (Suluhan Ulama melalui Itqan al-Muluk, 2013)
Jelas dalam surat balas ini Tok Ku Paloh mengigatkan runtuhnya sesebuah negara Islam itu adalah atas beberapa asas iaitu:
1- Pemerintah mengabaikan undang-undang Islam.
2- Pemerintah tidak bersungguh melaksanakan Islam.
3- Pemerintah membuat perkara bid’ah terhadap agama.
4- Pemerintah berdiam diri terhadap kemungkaran.
Maka saat wujudnya asbab ini, akan turunlah bala yang sangat besar terhadap negara ini iaitu dengan hilangnya kuasa.
Moga kita mengambil ibrah daripada nasihat ini.
Ustaz Muhammad Firdaus Zalani
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)