KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik mengemukakan notis tuntutan bagi menuntut Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran, membetulkan kenyataan dan memohon maaf berkaitan penerbitan bertajuk ‘Zakir Naik’s presence in Malaysia is embarrassing to all Malaysians’.
Penguambela dan Penguamcara Akberdin & Co, yang mewakili Dr Zakir berkata, notis tuntutan itu dihantar ke pejabat Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya, di sini, hari ini.
Notis tuntutan itu antara lainnya meminta Kulasegaran membuat permohonan maaf, menarik balik artikel dan berhenti membuat sebarang kenyataan fitnah serta tidak benar terhadap Dr Zakir dan membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.
“Segala tuntutan dibuat anak guam kami itu perlu diterbitkan dalam laman web dan media sosial dalam tempoh masa 48 jam, sekiranya mereka gagal, kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu berkenaan terhadap Dr Zakir,” katanya.
Rabu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Kulasegaran dalam satu kenyataan bersama, mahu Dr Zakir tidak lagi dibenar mengadakan ceramah dan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum serta ketenteraman awam di negara ini.
Mereka menyatakan pendirian tindakan perlu diambil dan Dr Zakir tidak boleh dibenarkan terus berada di Malaysia.
“Perdana Menteri mengambil maklum kebimbangan kami ini. Kami serahkan kepada beliau untuk mempertimbangkan kedudukan dan membuat keputusan dengan segera apa yang akan dilakukan untuk menangani masalah ini,” katanya.
Gesaan yang dimuat naik di laman Facebook menteri berkenaan turut menyatakan kebimbangan berkenaan ucapan Dr Zakir yang kontroversi. – Berita Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Mudah mudahan Allah membantu Zakir Naik untuk menegakkan kebenaran dan fitnah jahat keatas beliau dapat dipulangkan semula kepada pelakunya. Insya Allah.
Berani kerana benar. Tegakkan kebenaran demi Islam dan Dr. Zakir telah banyak menjelaskn ttg Islam kpd orang-orang non Muslim. Umat Islam patut berbangga mpunyai tokoh sepertinya. Moga Allah memberi kemenangan!!!