KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melarang pendakwah terkenal Dr Zakir Naik daripada menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.
Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporatnya, Datuk Asmawati Ahmad yang menyatakan ia dilakukan demi keselamatan negara.
“Arahan itu telah dikeluarkan kepada kesemua kontinjen polis di seluruh negara dan dilakukan demi keselamatan negara dan memelihara keharmonian kaum,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, tujuh negeri telah melarang ceramah oleh pendakwah tersebut, antaranya Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.
Ahad lalu, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penceramah itu telah melampaui batas apabila menyentuh mengenai kaum Cina dan India di dalam dua ceramahnya.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata status penduduk tetap (PR) yang diberikan kepada pendakwah itu juga sedang dalam pemerhatian.
Zakir kini sedang disiasat polis di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.
Semalam, penceramah itu selesai memberi keterangan kali kedua kepada polis selepas hampir 10 jam di Bukit Aman.
Jumaat lalu, Zakir memberi keterangan kali pertama kira-kira lima jam di Bukit Aman untuk membantu siasatan berhubung perkara itu.
Zakir dalam ceramahnya di Kota Bharu, pada 3 Ogos lalu dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia. – Astro Awani
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Asataghfirullahalazim tergamak kerajaan buat tindakan sebegitu kejam sedangkan yg terangan terangan memecahbelah kan kaum seperti DAP laknatullah tiada diambil tindakan. Satu penghinaan terhadap umat islam memang sangat zalim.
Jangan ingat Zakir Naik bersendirian Allah sentiasa disisinya dan mereka mereka yg menyayangi ramai dan sentiasa mendoakan nya. Zalim nya anda hari ini kepada orang lain akan menjadi zalim nya Orang kepada anda
benarlah spertu yang disampaikan Nabi, tidak berselisihan sehingga datangnua kebenaran…
Subhanallah….
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam datang dalam keadaan yang asing, akan kembali pula dalam keadaan asing. Sungguh beruntungnlah orang yang asing” (HR. Muslim no. 145).
Ingin tahu selengkapnya.
Yuk KLIK: https://rumaysho.com/10465-berbahagialah-orang-yang-terasing.html
Jelaslah pentingnya kepimpinan di terajui oleh Muslim yang beriman. Bukan muslim yang menjadi abdi telunjuk kuffar. Peristiwa Dr Zakir Naik ni mampu membuka mata mereka yang masih kabur utk mengenali siapa yang patut di angkat jadi pemimpin. Terbukti sudah ayat jahat “kafir yang baik lebih baik dari muslim yang jahat” sangat dangkal dan meloyakan.
Ingatlah ‘sebaikmanapun seorang kafir itu, sudah pasti takkan sama dengan muslim yang baik’ mentelah lagi jika kafir itu sememangnya jahat.
Imam Syafi’i pernah berkata: Nanti di akhir zaman akan banyak Ulama yang membingungkan Umat, sehingga Umat bingung memilih mana Ulama Warosatul Anbiya dan mana Ulama Suu’ yang menyesatkan Umat.
Lantas murid Imam Syafi’i bertanya: “Ulama seperti apa yang kami harus ikuti di akhir zaman wahai guru?”
Beliau menjawab: “Ikutilah ulama yang dibenci kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik. Dan jauhilah ulama yang disenangi kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik, karena ia ia akan menyesatkanmu, menjauhimu dari Keridhoan Allah“.