Tak mampu berdakwah, jangan halau orang berdakwah: Adam Corrie

 

DAHULU saya sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah, saya hidup dalam kegelapan. Tiada arah tuju hidup.

Apabila saya dapat keluar dari kegelapan.. saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum Islam betapa indahnya Islam.

Mereka berhak tahu tentang Islam. Saya takut di akhirat kelak, Allah tanya kenapa tak sebarkan keindahan Islam kepada rakan-rakan yang belum Islam.

Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri. Kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah.

 

 

Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam.

Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan.

Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah. Dah la kita ni malas pergi mencari ilmu.

Tepuk dada.
Tanya iman sendiri.

Senyum selalu.
Selalu bersangka baik.
InsyaAllah hati tenang.

Adam Corrie

Sumber: https://web.facebook.com/adamcorrieofficalpage/posts/10157788384349604

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
4 comments
  1. Allahu Akbar, terasa Malu atas sendiri baca tulisan ni. Malangnya bila dakwah disekat hanya atas dakwaan yg memusuhi Islam. Keras benar dgn pendakwah, tapi peliknya over berlembut dgn kuffar.

    Adakah ini methodology dakwah zaman Malaysia Baharu???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Menentang Islamophobia

  INSIDEN prejudis atau kebencian berlandaskan sentimen Islamophobia semakin merawak dalam masyarakat dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Ia…