Aplikasi Abata himpun produk, perkhidmatan muslim mula 1 Oktober

 

PULAU PINANG – Platform perniagaan online khusus bagi produk dan perkhidmatan keluaran usahawan muslim menerusi aplikasi digital iaitu Abata dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober ini.

Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Pusat, Mohd. Zai Mustaffa berkata, ketika ini, aplikasi Abata itu bagi pengguna dan peniaga sudah tersedia dan boleh dimuat turun menerusi aplikasi Google Play Store manakala iOS bagi Apple pula dijangka minggu depan.

Tambah beliau, platform itu yang masih di peringkat ujian sudah mengumpulkan sebanyak 80 produk dan perkhidmatan keluaran usahawan muslim sehingga kini dan menyasarkan berjaya mengumpulkan sehingga 500 produk menjelang akhir tahun ini.

“Sehubungan itu, kita menggalakkan semua usahawan yang mengeluarkan produk serta perkhidmatan halal untuk mendaftarkan produk mereka menerusi platform aplikasi digital Abata ini.

“Kita juga akan menjelajah ke seluruh negara bagi memperkenalkan aplikasi ini dengan Pulau Pinang menjadi destinasi pertama sebelum ke Kedah, Kuala Lumpur dan Johor dalam masa terdekat dengan sasaran 350 produk dan perkhidmatan berjaya didaftarkan sebelum 1 Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan kempen Belilah Produk Muslim peringkat negeri dan pengenalan aplikasi Abata di Bayan Lepas, di sini pada Ahad.

Yang turut hadir, Pengerusi Ummah negeri, Mohd. Akhir Che Mat dan pembangun aplikasi Abata, Mohd. Izzat Ismail.

 

 

Sementara itu, mengulas kempen tersebut, Mohd. Zai berkata, inisiatif berkenaan bukan gerakan memboikot mana-mana produk atau pihak sebaliknya bertujuan meningkatkan kuasa beli dan ekonomi komuniti muslim.

Ujarnya, insiatif itu juga memberi kesan positif dan sejahtera dalam merancakkan ekonomi negara secara keseluruhannya sekali gus turut memberi manfaat kepada komuniti perniagaan bukan muslim.

“Kempen ini juga merupakan salah satu inisiatif dalam memperkasa ekonomi muslim yang selama ini sering dikatakan lemah, tidak mampu bersaing atau berkembang.

“Lebih daripada itu, kejayaan gerakan ini kelak akan memberi manfaat dari segi pembangunan sosial rakyat menerusi pengagihan zakat dan kerja-kerja khidmat masyarakat oleh usahawan muslim berjaya,” katanya. – Utusan Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Saya anak Pulau Pinang.
    Saya nak memperkenalkan Aplikasi BABAH yg akan dilancarkan InshaALLAH tidak berapa lama lagi sebagai “alternative” apps bagi vendor n pembeli.
    Lagi banyak apps lagi bagus.

    Diharap akan mendapat kerjasama dari pihak tuan

    Sekian.

    Terima kasih.

  2. asalamtuan,kami akan buka halal mall terbesar di malaysia,kapasiti 5000 gondola rack,saiz padang bola..
    projek di pengerusikan oleh tan sri musa hassan di jangka beroperasi 1hb march 2020 dgn konsep murabahah terus pembekal dan pengguna di seremban,melaka dan mencari tapak diseberang perai pp..harap tuan reply
    dan bagi contact no utk
    saya arahkan pengarah
    yg bertugas hibungi tuan..
    murabahah smart parter proposal..
    wasalam
    0163900916

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts