BANGI – Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa yang membandingkan kempen beli produk muslim dengan sentimen bangsa disifatkan sebagai sangat tidak relevan.
Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, sebagai menteri agama kerajaan Pakatan Harapan, Mujahid sepatutnya menyokong usaha untuk memperkasakan ekonomi orang Islam, bukan mengambil pendirian bersama sekutunya, DAP untuk mempertikaikan kempen berkenaan.
“Apa salahnya orang Islam di Malaysia mengutamakan produk muslim sendiri dan mengambil sikap berhati-hari dalam perkara halal dan haram?
“Perbandingan Mujahid yang mengatakan beliau tidak tanya pasal bangsa ketika cari produk halal di luar negara adalah tidak relevan sama sekali,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Mujahid dilaporkan berkata, Islam menekankan pembelian barangan halal dan bersih, tetapi tidak mengajar umatnya memilih produk berdasarkan kaum serta agama.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, ajaran Islam tiada kaitan dengan kempen mengutamakan produk Islam yang dicanangkan sesetengah pihak.
Mengulas lanjut, Dr Badrulhisham sekali lagi menegaskan bahawa kempen berkenaan tiada langsung menyebutkan atau menekankan tindakan boikot kepada produk keluaran bukan Islam.
“Kita cuma utamakan produk saudara seIslam seIslam kita terutama dalam mencari produk yang halal dan bersih dimana ianya adalah menjadi pegangan kita dalam memastikan pemakanan dan penggunaan produk untuk diri dan keluarga adalah mematuhi syariat.
“Sila rujuk sebahagian kenyataan Timbalan Mufti Perak baru-baru ini dalam laman web Indahnya Islam bertajuk ‘Muslim mesti mengutamakan produk Muslim’, ‘ketika kita ingin membina semula kekuatan umat Islam di negara ini dimana kekuatan ekonomi tidak dikuasai oleh umat Islam bahkan jauh ketinggalan, mengutamakan barangan umat Islam adalah satu tuntutan,” katanya.
Sejak beberapa minggu lalu, kempen yang dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) khusus untuk masyarakat Islam di negara ini, menimbulkan pelbagai polemik dalam kalangan pihak tertentu.
Bukan hanya dikritik dan ditentang oleh DAP, usaha berkenaan turut ditolak Kabinet Pakatan Harapan (PH) – yang juga dianggotai pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR – yang menganggap tindakan itu sebagai boikot dan tidak wajar. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Pelik sungguh dengan sikap setengah yang bergelar muslim, takut sungguh dengan seruan “Utama Produk Muslim”, pelbagai helah dan kekeliruan yang sengaja ditimbulkan. Agaknya untuk apa ya? Beriya2 tunjuk kesetian yang seolah tidak berbelah bagi untuk ambil hati non muslim, dah jadi over dan terlebih2 pulak.
Makin hari makin terzahir sikap sebenar… berbisa kalam ulama dgn pesanan ” Jangan jadi BARUA musuh Islam”. Moga kita dijauhkan sikap hina sebegini.