SHAH ALAM – Sambutan luar biasa masyarakat negara ini terhadap Kempen Buy Muslim First (BMF) membolehkan majoriti peniaga beroleh peningkatan hasil jualan mencecah tiga kali ganda sejak dua minggu lalu.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan pemantauan dibuat, pihaknya mengenal pasti beberapa premis pasar raya Muslim sekitar Lembah Klang berjaya meningkatkan hasil jualan harian daripada RM50,000 kepada RM150,000 sehari.
Menurutnya, senario positif itu menunjukkan kempen BMF benar-benar menampakkan kesungguhan luar biasa dan kerjasama lebih utuh dalam kalangan masyarakat Islam negara ini untuk menjayakannya berbanding kempen hampir serupa pernah dilancarkan sebelum ini.
“Saya fikir kesedaran itu timbul setelah masyarakat Islam menyedari usaha memupuk perpaduan akan menjadi lebih baik di negara ini sekiranya jurang ekonomi antara kaum berjaya diseimbangkan.
“Justeru, PPIM pastinya akan memperkasakan kempen dengan pelbagai program berkualiti secara berterusan bagi memastikan BMF menjadi tonggak kita ke hadapan dalam mengembalikan maruah dan hak masyarakat Islam,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.
Nadzim berkata, PPIM juga akan melancarkan satu inisiatif penting pada minggu hadapan bagi memastikan kempen BMF berterusan diamalkan masyarakat Islam negara dan bukan bersifat hangat-hangat tahi ayam.
Selain itu, beliau menegaskan PPIM akan menggerakkan usahawan Islam tempatan agar lebih menumpukan segmen rantaian pengeluaran dan penghasilan produk pada akhir tahun ini, sekali gus membantu memperkukuhkan ekonomi Islam ke arah lebih baik.
“Kempen BMF juga akan diperluaskan ke seluruh dunia bagi memberi kesedaran kepada komuniti Islam antarabangsa terhadap kepentingan usaha menyokong peniaga pembayar zakat.
“PPIM berharap perkara ini diterima baik semua pihak termasuk kerajaan memandangkan usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini akan menjadi lebih baik jika jurang ekonomi antara kaum lebih seimbang,” katanya. – Sinar Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Muslim has been sideline and clearly delisted and earmarked for security reasons.Always the sacrificial lamb in the name of security in many developed to first world countries.
It is about time Malaysia as largely Muslim domain and yet the economy, generally and visibly everywhere the non-Muslim do have a tight grip and presence.It is only fair that the Muslims take their strive in the wake on this situation of BMF…May you, Muslim prevails… Innshaa Allah