Keciciran akidah masyarakat miskin bandar: Perangkap maksiat yang melambai-lambai

 

KEHIDUPAN di tengah kotaraya Kuala Lumpur amat mencabar dengan bermacam-macam tempat hiburan dan maksiat yang melambai-lambai dan menggoda anak-anak polos di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR). Tiada halangan bagi mereka untuk ke sana. Tempatnya terlalu dekat, hanya beberapa blok dari flat yang di diami mereka.

Ibu bapa? Mereka sering pulang lewat petang, bahkan ada yang pulang malam. Tiada aktiviti dan pantauan orang dewasa adalah punca mereka terjerumus dengan perangkap maksiat ini.

Hasil pemerhatian Yayasan Maghfirah mendapati bahawa, anak-anak di kota raya sudah terjebak dengan masalah tingkah laku dan sosial seawal usia tujuh tahun. Ada yang terjebak dengan vape dan rokok sejak di bangku sekolah rendah. Budaya lepak sehingga tengah malam seolah-olah telah menjadi norma pada mereka.

Hal ini menjadikan mereka cepat ‘matang’ dalam perkara yang tidak sihat. Akses bahan pornografi yang tidak terkawal bagai api dalam sekam yang membakar nafsu anak-anak ini di usia muda. Natijahnya ada yang sudah terdedah dengan hubungan bebas dan zina seawal usia 12 tahun.

Terlalu sedikit ruang untuk kami nukilkan kisah hidup dan cabaran anak-anak di PPR ini. Mereka seolah-olah dipinggirkan oleh kemajuan Kuala Lumpur. Anak-anak ini bukanlah tidak cerdik atau tidak mempunyai masa depan. Mereka cuma ditakdirkan untuk hidup membesar dikawasan yang serba mencabar dan penuh dengan perangkap maksiat.

 

 

Kelas Sahabat al-Quran yang dianjurkan oleh Yayasan Maghfirah merupakan satu usaha kecil kami untuk menyantuni anak-anak ini dengan memberikan didikan agama yang sempurna. Kami berazam untuk menyantuni seribu orang anak-anak miskin bandar menjelang tahun 2020.

Maka sumbangan tuan dan puan amat diperlukan untuk memastikan impian ini dapat direalisasikan. Sebanyak RM 500,000 setahun diperlukan untuk menghidupkan kelas ini di setiap PPR yang ada di Kuala Lumpur dan Selangor. Sumbangan tuan dan puan akan disalurkan kepada bahan pembelajaran dan elaun para daie dan sukarelawan yang akan mengajar kelas ini.

 

 

SUMBANGAN ANDA BAKAL MENJEMPUT PAHALA YANG SENTIASA MENGALIR

Ibnu Qudamah al-Maqdisi pernah ditanya “Siapakah sebenarnya orang yang paling berbahagia itu?”. Beliau menjawab “Orang yang bahagia sebenarnya adalah orang yang apabila nafasnya berhenti, pahalanya tetap mengalir”.
Sumbangan tuan dan puan kepada kelas Sahabat al-Quran mampu menjadi pahala yang mengalir kerana ilmu al-Quran dan ibadah akan digunakan oleh anak-anak ini setiap masa, setiap hari sehingga mereka dewasa.

Salurkan sumbangan anda melalui pautan:
https://www.billplz.com/IndahnyaIslamSAQPPR

atau terus ke akaun yayasan:
CIMB Islamic Yayasan Maghfirah
8603221427

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Whatsapp Yayasan Maghfirah
Whatsapp 1: http://wasap.my/60145128644
Whatsapp 2: http://wasap.my/60139484200

Atau pejabat kami:
03-8740 1193 (Pejabat)

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts