Turki, Pakistan dan Malaysia bakal lancar saluran TV Islam: Imran Khan

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengumumkan pelan tiga negara Islam mewujudkan sebuah saluran televisyen berbahasa Inggeris khusus bagi mengetengahkan imej positif tentang Islam.

Saluran itu mampu memaparkan pelbagai rancangan bertujuan memperbetul berita dan maklumat palsu yang memburuk-burukkan agama.

Pengumuman dibuat Imran Khan setelah bertemu Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berserta Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara sampingan sempena sesi ke-74 UNGA di New York pada Rabu.

“Presiden Erdogan, Perdana Menteri Mahathir dan saya bersetuju negara kami akan bersama-sama memulakan satu saluran khusus menangani isu Islamofobia dan memberikan gambaran benar tentang agama agung kita – Islam,” melalui satu paparan di laman twitternya (@ImranKhanPTI).

 

 

Perdana Menteri Pakistan itu menambah, satu usaha bersama wajar digerak untuk menghasilkan samaada filem atau drama bersiri bagi tujuan memperluas pendidikan, menyebar pelajaran dan mewujud pencerahan tentang sejarah sebenar Islam.

Ini juga termasuk menggembeleng tenaga, menambah usaha dan mempertingkatkan kebergantungan dari segi kemahiran, pengetahuan dan kepakaran dalam membentuk naratif yang positif tentang Islam. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts