Hina sultan: ‘Nga Kor Ming Super Fan Page’ melampau, biadab

 

BANGI – Kenyataan sebuah hantaran di laman Facebook yang mempertikai perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu papan tanda, terang-terangan bertujuan mengapi-apikan kaum Cina supaya membenci dan menghina baginda.

Menyifatkan ia melampau, Ketua Media Pertubuhan Muafakat, Haji Rashidi Haris menegaskan, perbuatan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Akta Hasutan, kerana sengaja menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong dan perbuatan mengembangkan perasaan niat jahat dan kebencian di antara kaum atau agama.

Beliau berkata demikian susulan tular satu hantaran di laman Facebook ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ dalam tulisan Cina berhubung isu penggunaan papan tanda jalan dwi-bahasa di Selangor.

Terjemahan tulisan itu dikatakan bermaksud “Tanda jalan dwi-bahasa sesungguhnya telah menarik perhatian ketidakpuasan hati sekurang-kurangnya oleh seorang Melayu. Orang Melayu inilah yang mengarahkan kerajaan untuk menurunkan tanda jalan dwi-bahasa. Jika mana-mana orang Cina yang tidak berpuas hati, silakan bertentangan muka dengan orang Melayu ini bagi menunjukkan bantahan. Orang Cina marahkan kerajaan tak ada maknanya kerana orang Melayu ini tidak tahu yang ada tidak berpuas hati.”

Mengulas lanjut, Rashidi berkata, sekiranya benar ‘status’ berkenaan adalah di bawah pengetahuan Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu maka beliau perlu dengan segera menarik balik kenyataan itu dan membuat permohonan maaf atas perbuatan biadab berkenaan.

 

 

“Dan jika Speaker tersebut tidak terbabit sekali pun, beliau harus dengan segera menafikannya dan membuat laporan polis bagi menafikannya dan mengarahkan pihak berwajib khususnya PDRM supaya mengambil tindakan pantas mencari, menangkap dan mengadapkan si pengadu domba yang kurang ajar ini ke muka pengadilan dengan secepat mungkin.

“Sementelah itu pula, perbuatan gopoh beliau menuding jari kepada seseorang itu amatlah dikesali dan tidak sepatutnya berlaku, jelas ianya tidak bermoral dan amat tidak berwibawa tambah lagi kedudukan beliau sebagai seorang Timbalan Speaker yang sepatutnya tenang, dan bijaksana dalam bertindak.

“Sepatutnya selepas beliau membuat kenyataan media, ianya hendaklah disusuli dengan laporan polis bukannya terus membuat persepsi dengan menuduh sebarangan orang,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Muafakat juga dengan tegas menyuarakan ketidakpuasan hati berikutan sikap kurang ajar pihak tertentu terhadap baginda jika benar berlaku seperti yang ditular di media sosial.

“Sebagai Timbalan Speaker beliau sepatutnya lebih arif dalam perkara Rukun Negara kedua; Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara dan itu Muafakat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan guaman jika perkara ini sahih melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dalam perbuatan provokasi menghina Baginda Tuanku Sultan Selangor,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts