KANGAR – Pemimpin DAP yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hendaklah didakwa dan ditangkap.
Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, jika ada sesiapa yang membuat ucapan terbuka menyokong al-Qaedah atau IS akan ditangkap dan didakwa.
“Maka wajarlah kiranya golongan yang menyokong LTTE ini dikenakan tindakan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya.
Menurut Dr Asri, negara dalam bahaya jika ada pemimpin politik yang berjawatan terlibat dengan sokongan kepada kumpulan pengganas.
“Saya percaya, jika ini berterusan maka nanti majoriti rakyat Malaysia akan melihat DAP bukan sahaja ancaman terhadap perlembagaan negara.
“Bahkan ia merupakan satu ancaman terhadap keselamatan negara dan ini menunjukkan barah yang makin hari makin terserlah,” tulisnya. – Sinar Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Parti DAp mmg sah parti komunis dan mereka yg bersekongkol dgn parti DAp juga penkhianat negara. Berikan sokongan kepada PDRM sepenuhnya. Semoga PRDM teguh dengan perinsip menjaga kedaulatan undang undang negara.
Tumbangkan segera pengkhianat2 negara ini.
ya…saya sokong